Rindu

Assalammualaikum wrt wbt.

Dunia blog yang telah lama saya tinggalkan,masih tersergam lagi rupanya blog yang sedia ada ini.Bila lihat kali terakhir saya menulis dengan tarikh hari ini memang jelas sudah lama sangat saya tidak menjenguk blog yang selalu menjadi obsesi saya pada satu ketika.

Rasanya sejak dua tahun kebelakangan ini dunia bloggers seakan reda sedikit kemeriahannya dengan kebanjiran pelbagai wadah media sosial yang lebih canggih dan 'friendly-user' dengan trend sekarang.

Tapi biarlah banyak bagaimana pun platform media sosial yang ada saya tetap mahu katakan saya rindu untuk menulis,rindu untuk melihat tulisan ini diarkibkan hasil dari isu-isu semasa,luahan hati mahupun idea-idea yang mahu dikongsi.

Insyallah niat sudah ada,harap boleh istiqamah untuk menulis kembali walaupun tiada yang membaca.

hehe. (sahaja aku menulis untuk simpanan dan arkib diri sendiri sahaja.)

Kisah pilihanraya Mesir

Kisah Pilihan Raya Mesir

Pelajaran dakwah dari Pilihanraya Presiden Mesir.Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwanul Muslimin.Sedangkan Syafiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir.

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” Si pemandu hairan dan bertanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Syafiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?”

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Syafiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Syafiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi."Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi!




Permasalahan 'wabak' murtad..

Assalammualaikum wrt wbt.

Saya terpanggil untuk menulis kali ini bukan kerana politik semata-mata tetapi mahu memberi sedikit pencerahan minda kepada rakan-rakan semua mengenai isu yang begitu berat pada hukumnya apatah lagi bagi membanterasnya iaitu gejala murtad.

Saban hari sejak kebelakangan ini seorang tokoh politik yang tidak perlu disebutkan namanya lagi apatah beliau antara tokoh di dalam bidang latihan dan motivasi ini bahkan saya juga antara insan yang mengaguminya suatu ketika begitu lantang memperkatakan soal politik dan akidah.Isunya banyak meletakkan kesalahan dan permasalahan umat kepada golongan tertentu yang dikira sebagai minoriti yang tidak berkuasa mutlak.

Saya mahu sebut isu murtad sahaja,isu lain mungkin ada ruangan blog-blog lain yang boleh memberi penjelasan yang lebih jelas.Bila saban hari diperkata isu murtad semakin bermaharajalela dan berleluasa kita kembali kepada perkara pokok asas permasalahan itu berlaku,bukannya membuta tuli menyalahkan mereka yang terlibat.Mari kita bertanya kepada diri kita mengenai persoalan ini :

  • Apakah sistem yang diguna pakai pada negara kita pada hari ini tidak mampu lagi untuk membanteras gejala murtad padahal Malaysia dikatakan sebagai negara islam.
  • Jika benar-benar kerajaan pemerintah begitu serius mahu menangani gejala murtad ini apakah ada satu undang-undang khusus yang benar-benar memperlihatkan kesungguhan kita mahu menyekat penularan gejala murtad ini.
  • Gejala murtad bukannya satu isu yang berlaku secara tiba-tiba,tentu ada simptom-simptom yang membuatnya semakin merebak.Apakah kerapuhan institusi kekeluargaan melalui penekanan agama menjadikan benteng iman kita semakin mudah ditembusi anasir luar?

Mengenai persoalan yang pertama,umum mengetahui Malaysia adalah sebuah negara islam tetapi apakah sistem yang diguna pakai pada hari ini mampu mendaulatkan dan memartabatkan islam di negara Malaysia?saya merasakan ada yang tidak kena pada sistem yang ada pada hari ini,dari sistem pemerintahan,sosial,kebajikan,ekonomi dan politiknya ternyata terlalu jauh untuk dibandingkan model negara islam yang sebenar-benarnya.Akhirnya kesimpulan yang mudah adalah kita harus terima hakikat Malaysia bukannya sebuah negara islam dari sudut sistemnya tetapi adalah negara yang majoritinya didiami oleh umat islam.

Persoalan yang kedua apakah kerajaan pemerintah benar-benar mempunyai satu undang-undang khusus bagi menyekat kemaraan menularnya masalah murtad ini?tidak perlu bercakap banyak.Mari kita imbas semula pada pada Mac 2006 di mana YB Sallahuddin Ayub pernah mengemukakan rang undang-undang yang dipanggil rang undang-undang murtad namun ditolak mentah-mentah oleh wakil-wakil pemerintah.bahkan sebelum itu lagi iaitu pada 25 Mac 1988 dan 2 Nov 1999 usaha yang sama juga dilakukan (oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang) tetapi tetap mendapat respon yang negatif padahal majoriti ahli dewan negara adalah YB yang beragama islam! Jadi dimana kesungguhan pemerintah bagi menyekat penularan gejala murtad ini?

Bagi persoalan yang ketiga adalah memperlihatkan hakikat sebenar faktor yang menyumbang kepada bercambahnya 'virus-virus' ini bermula daripada runtuhnya institusi kekeluargaan.Apabila saban hari ibu bapa sudah tidak mengambil kisah perkembangan agamanya,apabila saban hari ibu bapa disibukkan dengan urusan duniawi akhirnya benteng kekuatan umat daripada keluarga sendiri mula terhakis sedikit demi sedikit dan akhirnya 'pihak luar' mendekati anak-anak kita dengan semudahnya bagi 'mentarbiyahkan' mereka.

Maka saya sebagai yang memerhati dan menilai ini secara jujurnya merasakan apa yang dibangkitkan mengenai gejala murtad ini akhirnya terpalit semula rasa hipokrasi dan tidak acuh tangan pemerintah bagi menghalang gejala yang ditakuti ini daripada berlarutan.Membuktikan kelemahan yang begitu ketara dalam aspek pengurusan dan pemerintahan terhadap kesucian dan kedaulatan umat islam di negara Malaysia yang bertuah ini.

Template by:
Free Blog Templates